16 April 2016

"TANPA USUL PERIKSA, JAIS BUAT MARUAH KELUARGA SAYA TERCEMAR" - FAYE



"Tujuan saya bukanlah untuk menuding jari kepada mana-mana pihak, namun saya berasa teraniaya apabila keluarga diperlakukan sebegini," demikian kata Faye Kusairi, 29, mengenai rumah keluarganya di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kira-kira jam 2.30 pagi, Ahad lalu.

Menurut Faye, dia berasa kesal dan kecewa apabila pihak JAIS bertindak untuk menceroboh rumah yang didiami ayah, ibu serta adik lelaki beliau tanpa sebarang usul periksa.





Kata Faye, ada pihak yang tidak berpuas hati dengan beliau sehingga sanggup membuat laporan palsu dan melibatkan keluarganya sekali.

"Malah, pihak si pengadu turut memberi jaminan kepada pihak JAIS untuk menanggung kos kerosakan sepanjang proses serbuan berlangsung.

"Maruah keluarga saya turut tercemar apabila insiden terbabit disaksikan oleh jiran tetangga. Saya juga risaukan ibu saya yang menghidap darah tinggi.



"Saya ada hak untuk mengetahui siapakah pengadu itu kerana selain menjatuhkan maruah, saya juga risau akan keselamatan saya. Oleh itu saya mengambil pendekatan membuat satu lagi laporan berhubung keselamatan diri.

"Lebih merisaukan, pihak pengadu mengetahui kelima-lima kereta milik saya dan keluarga. Ia membuatkan saya risau ketika keluar rumah untuk bekerja," jelasnya yang tinggal di kediaman berasingan bersama teman rumahnya.


Sumber: BH



         ________________________





No comments: