15 June 2016

10 MALAM TERAKHIR RAMADAN - NABIL & ISTERI BAKAL TUNAI UMRAH



Tahniah diucapkan buat pengacara dan juga pelawak, Nabil Ahmad kerana bakal menjejakkan kakinya sekali di Tanah Suci pada 27 Jun sehingga 4 Julai ini.

Apa yang lebih istimewa lagi apabila isteri tercinta, Nazirah Ayub turut bersama dengannya bagi mengerjakan umrah serta berpuasa pada 10 terakhir Ramadan.

"Alhamdulillah 10 malam terakhir saya akan bersama isteri berpuasa di Mekah sambil mengerjakan umrah. Jemputan ini sebenarnya untuk penggambaran “Perjalanan Haji Nabil” secara tak langsung saya dapat bawa isteri sekali ke sana. Lagipun isteri saya pertama kali ke sana”





"Saya tak nafikan sungguh teruja nak ke sana bersama isteri, saya harap masing- masing mendapat kebaikan dan kelebihan bersama di tanah suci," ujar Nabil dipetik sebagai berkata.

Nabil bagaimanapun berkata yang dia sebenarnya berat hati meninggalkan ibunya yang mempunyai masalah kesihatan. Maka dari itu, Nabil berharap agar adiknya yang baru sahaja tamat belajar dapat membantu dan merawat ibunya di rumah.

"Berat hati juga, tapi adik saya memang baru habis belajar di rumah sahaja. Alhamdulillah agak senang untuk saya bergerak," jelasnya.






INGIN MELETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI?
SIZE 450 x 350 - KLIK UNTUK INFO






Sumber: Rotikaya


         ________________________





No comments: