Setelah lima tahun dipenjarakan atas kesalahan dadah akhirnya vokalis kumpulan Spring iaitu Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 47, bakal dibebaskan dari Penjara Kluang.
Isteri kepada vokalis tersebut, Sabariah Zakaria, 46, berkata yang beliau tidak menafikan desas-desus suaminya akan dibebaskan esok.
Bagaimanapun beliau berharap suaminya itu diberi ruang untuk menenangkan diri dan berehat bersama keluarga sebelum membuat kemunculan di khalayak ramai.
Katanya lagi, sejak berita pembebasan suaminya tersebar petang semalam, beliau dihujani panggilan daripada wartawan.
"Betul tu Abang Ameng akan bebas, tapi saya tidak mengesahkan pada mana-mana pihak yang beliau akan dibebaskan esok.
"Berilah Ameng peluang untuk bertenang dan mengembalikan kekuatan dan keyakinan dirinya sehari dua ini.
"Namun terima kasih kerana masih sudi mengambil tahu tentang Ameng dan doakan segala-galanya dipermudahkan ya," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Ameng dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April 2011 kerana kesalahan penyalahgunaan dadah.
Bagaimanapun hukuman itu dipendekkan berikutan kelakuan dan disiplin cemerlang yang ditunjukkannya.
INGIN MELETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI?
SIZE 450 x 350 - KLIK UNTUK INFO
Sumber: Berita Harian
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment