24 July 2016

"ADIRA HAMIL" - DAKWA DATUK RED



Disaat tengah hangat pasal isu kemesraan dirinya dengan Ruhainies, tiba-tiba Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red membuat satu lagi kejutan dengan mendakwa isteri keduanya, Adira Suhaimi kini sedang berbadan dua.

Datuk Red yang ditemui pada majlis rumah terbuka anjurannya malam semalam, mendakwa isterinya membuat ujian kehamilan di rumah dan menunjukkan tanda positif.





"Adira sudah membuat ujian di rumah menggunakan kit kehamilan dan didapati Adira mengandung. Cuma saya belum membawanya berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut," katanya.

Sejak Khamis lalu, video yang antara lain memaparkan aksi Datuk Red dan Ruhainies berjalan di sebuah pusat beli-belah di kawasan segi tiga emas di ibu negara, menjadi viral.

Dalam rakaman itu, Datuk Red dilihat merangkul pinggang Ruhainies ketika menaiki tangga bergerak selain berpegangan tangan di luar premis terbabit.

--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)



Dalam reaksi susulan, Ruhainies mendakwa dia diperangkap. Adnan pula dilaporkan sedia menjadikan aktres terbabit sebagai isteri ketiga jika ditakdirkan jodoh mereka.

Namun dalam kenyataan terbaru, Datuk Red menyifatkan Ruhainies bukanlah calon isteri yang sesuai kerana beliau mencari wanita muslimah.

Ditanya mengenai sikapnya yang sering berdolak-dalik, Datuk Red meminta maaf kerana memutarbelit kenyataan melalui media yang menghubunginya, kelmarin.


Sumber: Berita Harian



         ________________________





No comments: