24 July 2016

14 GAMBAR - SEKITAR PERKAHWINAN HETTY SARLENE & DANI AAQIL



Pelakon dan penyanyi, Hetty Sarlene Abdul Hamid, 32, dan Daniel Oakes atau nama Islamnya, Dani Aaqil, 32, telah selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri sekitar jam 12.55 tengah hari semalam dalam satu majlis yang diadakan secara sederhana tetapi meriah bertempat Royal Palm @ Clarke Quay, Singapura.

Hetty Sarlene yang pernah popular dengan lagu Sangsi Asmara dan Demi Cinta Kita, kelihatan anggun mengenakan busana berona putih, manakala pasangannya yang berasal dari London segak memakai baju Melayu cekak musang warna sedondon.





Akad nikah disempurnakan Kadi Salim Jasman yang berwalikan bapa Hetty Sarlene, Abdul Hamid Hassan.

Pada majlis tersebut, Dani Aaqil telah menyerahkan mas kahwin SD$100 (RM300) diiringi lima dulang hantaran dan pihak Hetty Sarlene turut membalasnya dengan lima dulang hantaran. Jumlah wang hantaran yang diterima Hetty Sarlene sebanyak GBPSTG10,000 pound (RM53,500).

"Kami hanya menjemput ahli keluarga, rakan rapat dan wakil media kerana kami inginkan majlis yang intim," ujar Hetty Sarlene yang mengenali suaminya sejak dua tahun lalu.



Kemeriahan majlis pernikahan itu terserlah serta berseri dengan pemilihan konsep taman dan bunga, dan majlis resepsi serta persandingan turut diadakan di lokasi sama.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengarah dan Penerbit Filem, Datuk Yusof Haslam dan isteri, Datin Fatimah Ismail.

Difahamkan, majlis resepsi sebelah pihak lelaki dijangka diadakan di London pada akhir tahun ini.





--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)






















Sumber: Berita Harian




         ________________________





No comments: