24 July 2016

MASUK HOSPITAL LAGI - DAHLAN ZAINUDDIN DIBERI UBAT PELALI



Akibat penyakit angin ahmar, penyanyi dan pelakon veteran, Datuk Dahlan Zainuddin, 75, sekali lagi dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira 6.30 petang kelmarin.

Datin Effa Rizan iaitu isteri kepada Dahlan memberitahu bahawa doktor telah memberi ubat pelali kepada suaminya agar beliau dapat berehat.

"Doktor memberi ubat pelali untuk tenangkan dia dan berehat secukupnya. Setakat ini, doktor masih belum mengesahkan tahap kesihatannya. Doakan yang terbaik buat suami. Sehingga kini, Dahlan masih lagi dipantau," ujarnya dipetik sebagai berkata.





Pada 3 Julai lalu, Dahlan dimasukkan ke HKL selepas diserang angin ahmar. Dahlan pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada September 2005.

Selain itu, Dahlan pernah dijangkiti kuman pada paru-paru sehingga dimasukkan ke hospital pada Mac 2015.

Dahlan pernah popular dengan lagu Kisah Seorang Biduan dan pernah berlakon menerusi filem bersama Gaya Zakry menerusi filem Kisah Seorang Biduan.

--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)


Sumber: Berita Harian



         ________________________





No comments: