23 July 2016

DENGAN JAMINAN POLIS - ADLIN KINI BEBAS



Selepas keterangannya diambil bagi membantu siasatan, akhirnya Adlin Aman Ramlie te­­­lah dibebaskan petang semalam dengan jaminan polis setelah ditahan dalam Op Nuri di rumahnya di Cyberjaya kelmarin kerana dipercayai terlibat dengan pe­nipuan pelaburan hartanah.

"Kita telah mengambil ke­terangan Adlin dan pihak polis berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan pelakon berkenaan. Dia kini telah dibebaskan di bawah jaminan polis.

"Bagaimanapun, kita tetap akan menjalankan siasatan terhadap Adlin mengenai peranannya dalam kegiatan pelaburan haram ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini," katanya.





Menurut Roslan, 13 individu lain termasuk dua individu bergelar Datuk Seri dan Datuk masih ditahan reman selama 21 hari.

Akhbar melaporkan Adlin antara 14 ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes sindiket penipuan pelaburan yang dipercayai 'memperoleh' lebih RM10 juta daripada ahli untuk dilaburkan dalam pelaburan hartanah.

Pelakon dan pelawak itu ditahan kerana didakwa menyediakan rumah untuk melindungi dua dalang sindiket itu.

--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)



Tujuh individu termasuk seorang bergelar 'Datuk Seri' ditahan di Kelantan, tiga termasuk seorang 'Datuk' dan pelakon itu di Selangor, dua lagi di Pahang dan Melaka manakala dua lagi di Pulau Pinang.

Difahamkan, syarikat itu dengan singkatan HG ditubuhkan untuk 'membantu' mereka yang gagal dalam perniagaan bagi menjana pendapatan pasif dengan melabur wang mereka dalam bentuk dana dan kemudian dilaburkan dalam hartanah dengan keuntungan diagihkan kepada ahli-ahlinya mengikut jumlah yang dilaburkan.

Sementara itu, Adlin berkata, beliau akan mengadakan sidang akhbar khas pada Ahad ini bagi menjelaskan isu penahanannya.

"Saya rancang untuk adakan sidang akhbar di sebuah stesen tele­visyen swasta bagi menjelaskan isu sebenar berkenaan berita isu penahanan saya itu," jelasnya.


Sumber: Utusan Malaysia



         ________________________





No comments: