23 July 2016

ISU DATUK RED & RUHAINIES: "APA SEKALI PUN YANG TERJADI, SAYA REDA" - ADIRA



Ditanya mengenai penyebaran video suaminya, Datuk Seri Adnan Abu bersama pelakon Ruhainies yang menjadi viral di sosial media semalam, penyanyi Adira Suhaimi, 25, bagaimapaun enggan mengulas lanjut sebaliknya meminta semua pihak menghormati privasi rumahtangga dan memberi ruang buat dia sekeluarga.

"Benar saya sudah dimaklumkan mengenai video tersebut namun memilih untuk tidak memberi sebarang komen berhubung perihal itu.





"Saya berharap agar semua pihak memberi ruang dan memahami situasi saya. Hal rumahtangga terlalu peribadi untuk dikongsi bersama umum pada ketika ini.

"Saya sudah menghubungi Ruhainies bagi mendapatkan penjelasan dan tidak timbul rasa marah terhadap beliau. Biarlah suami saya menyelesaikan kemelut ini sendiri bersama Ruhainies. Apa sekali pun yang terjadi, saya reda," ujar Adira dipetik sebagai berkata.

Ruhainies mengesahkan gambar dan video viral di sosial media pada Jumaat membabitkan dirinya dan suami Adira. Menerusi video tersebut kedua-dua mereka kelihatan mesra sehingga mencetuskan tanda tanya hubungan berkenaan.

--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)



Ruhainies turut memaklumkan mereka sebelum ini pernah bekerjasama bagi menjayakan sebuah video kormersial sempena Hari Raya Aidilfitri lalu untuk syarikat milik usahawan itu.

Adira yang juga naib juara program Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) itu sebelum ini mengaku bernikah dengan Adnan di Songkhla, Thailand, Disember tahun lalu.

Berita perkahwinan Adira menjadi viral di internet apabila seorang wanita dikenali sebagai Datin Red memuat naik gambar bersama Adira menerusi akaun Facebook.


Sumber: Berita Harian



         ________________________





No comments: