28 July 2016

INGIN ELAK INSIDEN SAMA BERLAKU - RUHAINIES PASANG 'BODYGUARD'



Setiap kali menghadiri urusan berkaitan kerjaya seni, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas mengambil tindakan terbaik dengan ditemani 'pengawal peribadi' iaitu ibunya sendiri bagi mengelakkan kontroversi berulang berikutan tersebarnya video mesra beliau bersama suami penyanyi, Adira, Dato Seri Adnan Abu (Dato Red) yang hangat diperkatakan minggu lalu.

"Saya bertuah kerana ibu yang mahu menemani saya dan menjadi teman paling rapat. Ibu juga banyak memberikan sokongan dan nasihat kepada saya. Seperti insiden yang berlaku baru-baru ini, ibu banyak nasihatkan saya supaya bertenang berdepan dengan dugaan," ujarnya dipetik sebagai berkata.





Ruhainies yang terkenal menerusi drama bersiri 'Hello Mr Perfect' itu percaya akan lebih selamat apabila wanita terbabit sentiasa berada di sisi.

"Ketika kejadian lalu itu pun saya tidak berseorangan, malah ditemani adik dan beberapa teman. Jadi, untuk beberapa tempoh waktu ini saya lebih selesa dan yakin apabila ibu berada di sisi. Mengenai apa yang berlaku, saya yakin semua pihak sudah maklum dan saya juga sudah berikan kenyataan," jelasnya.

--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)



Ibu Ruhainies, Che Bunga Salleh, berkata sebagai ibu beliau sentiasa mendoakan yang terbaik buat anaknya.

"Saya selalu berpesan supaya mereka menjaga tingkah laku dan tutur kata. Seperti apa yang menimpa Ruhanies, saya ingatkan dia berhati-hati apabila berkata-kata.

"Saya sedih apabila tengok Ruhainies berkurung dalam bilik tempoh hari. Syukurlah dia seorang yang kuat dan tenang berdepan semua ini," katanya yang sanggup menemani Ruhainies demi kebaikan anaknya itu.


Sumber: Berita Harian



         ________________________





No comments: