28 July 2016

TERUJA BERGELAR IBU BAPA - YANA SAMSUDIN & SUAMI BELUM ADA NAMA UNTUK ANAK



Isteri kepada Fadzil Zahari, Yana Samsudin nyata teruja dengan kehadiran putera sulung yang dilahirkan secara pembedahan pada 21 Julai lalu dengan berat 3.37 kilogram pada pukul 7.01 pagi di Pusat Perubatan Sime Darby (SDMC), Subang Jaya, Selangor.

"Alhamdulillah, saya dan suami sangat bersyukur kerana proses kelahiran berjalan dengan lancar. Kami masing-masing teruja dan seakan tidak percaya kerana telah bergelar ayah dan ibu sehingga menitik air mata kerana terlalu gembira dengan anugerah Allah ini.





"Walaupun, saya terpaksa menahan sakit selama 16 jam sebelum selamat melahirkan secara pembedahan. Apapun, kami sangat bersyukur dan lega kerana segalanya selamat dan bayi juga dalam keadaan sihat," ujar Yana dipetik sebagai berkata.

Walaupun selamat melahirkan pada 21 Julai lalu, namun pasangan tersebut berkongsi berita gembira tersebut di laman sosial hanya selepas lima hari.

Kata Yana, disebabkan bersalin awal dari tarikh sepatutnya 25 Julai, keadaan pada masa itu (saat melahirkan) sangat kelam-kabut. Bila semuanya selesai, barulah beliau dan suami mempunyai masa untuk berkongsi kepada semua.

--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)



"Sebenarnya, keadaan pada masa itu (saat melahirkan) sangat kelam-kabut malah tarikh sebenar saya sepatutnya melahirkan bayi pada 25 Julai lalu. Disebabkan ini pengalaman pertama kami menyambut anak, jadi suami agak kekok dan sedikit huru-hara menguruskan saya dan kelengkapan hospital.

"Selepas semua selesai dan saya serta anak dibenarkan pulang ke rumah, barulah suami ada masa untuk berkongsi berita gembira bersama peminat. Bukannya kami mahu buat kejutan tetapi masa tidak mengizinkan pada waktu itu," jelasnya.

Dalam pada itu, Yana berkata yang dia dan suami sudah bersedia untuk menjalani kehidupan sebagai ibu dan bapa.



Ditanya mengenai nama anak dan perancangan untuk mengadakan sebarang kenduri doa selamat selepas ini, katanya mereka sudah menyenaraikan beberapa nama terbaik namun belum memutuskan nama yang sesuai untuk diberi kepada anak sulung.

Yana memberitahu bahawa mereka memang ada perancangan untuk mengumpulkan ahli keluarga sekali gus mengadakan kenduri kesyukuran atau majlis cukur jambul, tetapi tak tahu bila akan diadakan.

"Insya-Allah, sejak awal kehamilan lagi saya dan suami memang banyak belajar daripada ahli keluarga tentang cara menguruskan bayi. Malah, banyak bahan bacaan dijadikan rujukan selain suami belajar daripada adiknya yang merupakan seorang doktor.



"Buat masa ini, kami masih belum memutuskan nama yang sesuai untuk diberi kepada anak sulung. Semasa hamil lagi, memang kami sudah menyenaraikan beberapa nama terbaik.

"Insya-Allah, apabila segala urusan berkaitan kesihatan sudah beransur pulih, baru kami akan fikirkan tentang itu. Bab untuk mengadakan doa selamat juga memang ada. Kami memang ada perancangan untuk mengumpulkan ahli keluarga sekali gus mengadakan kenduri kesyukuran atau majlis cukur jambul, tetapi masih belum ditentukan bila," katanya.



Mengenai perancangan karier selepas ini, Yana ingin fokus kepada proses berpantang selama 100 hari, setelah itu katanya barulah dia boleh fikir tentang menyambung kerja.

"Saya tiada masalah untuk kembali aktif bekerja seperti dahulu, sebab suami pun tidak menghalang. Cuma, buat masa sekarang saya ingin fokus kepada proses berpantang dan perlu menjaga kesihatan dengan betul supaya cepat sembuh.

"Saya merancang berpantang selama 100 hari sebab ia sangat baik untuk kesihatan dan amat digalakkan oleh orang tua. Tambahan pula, ini merupakan kelahiran pertama, jadi saya perlu lebih teliti dalam penjagaan kesihatan. Selepas itu, barulah saya boleh fikir tentang menyambung kerja," tuturnya.


Sumber: Kosmo
Foto: Yana IG & Fadzil IG


         ________________________





No comments: