18 July 2016

NIKAH SENYAP - 'ISTERI KEDUA' ADI PUTRA ENGGAN KOMEN



"Saya memohon maaf. Saya tidak boleh komen apa-apa mengenai perkara ini," demikian kata wanita yang didakwa telah menjadi 'isteri kedua' pelakon Adi Putra ketika dihubungi media.

Dia yang diminta mengesahkan atau menidakkan perkahwinan tersebut, bagaimanapun enggan mengulas mengenai berita yang tersebar luas itu.





Malah wanita berusia 33 tahun turut berkata yang dia masih belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan ketika ini.

Ibu tunggal anak satu yang dikenali sebagai Norshahida Zolkifly itu dihubungi Harian Metro menerusi aplikasi Whatsapp. Dia juga merupakan rakan kongsi perniagaan Adi.

Untuk info, baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai pernikahan kali kedua Adi Putra apabila gambar pernikahan mereka dikongsi menerusi aplikasi WhatsApp.

Terdahulu, usaha untuk menghubungi Adi Putra bagi mengesahkan pernikahan itu turut gagal apabila telefon bimbitnya tidak dijawab.



--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)





         ________________________





No comments: