18 July 2016

SUDAH BERTUNANG - LUFYA BAKAL KAHWINI DOKTOR



Tahniah kami ucapkan buat Lufya Omar yang bakal menamatkan zaman solonya dengan seorang doktor pakar bedah, Che Muhammad Hafiz Bin Che Baharum tidak lama lagi.

Lufya yang merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-6 itu baru-baru ini telah melangsungkan majlis pertunangannya yang hanya dihadiri kedua belah pihak keluarga sahaja.

Difahamkan, Lufya dan tunangnya itu sudah berkenalan hampir setahun sebelum mengikat tali pertunangan.





"Kami telah berkenalan hampir setahun dan tahun kedua 2016 ini pada awal bulan sebelum puasa kami sudah pun mengikat tali pertunangan dengan dihadiri oleh kedua belah pihak keluarga kami sahaja. Majlis sederhana itu diadakan bertempat di kediaman rumah Lufya sendiri di Damansara.

"Walau bagaimanapun untuk resepsi persandingan yang bakal diadakan pada hujung tahun ini kami akan menjemput pihak media juga. Pun begitu, tempat dan lokasi resepsi masih lagi dalam perancangan, sampai masanya akan kami umumkan.

--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)



"Lufya merupakan seorang yang jujur dan pegang amanah, bertolak ansur serta ikhlas dalam membuat sesuatu keputusan. Paling menambat hati saya, Lufya seorang yang sangat dekat dengan aktiviti dan pengajian agama Islam. Ada masanya ketika saya hubungi Lufya, dia sedang mengikuti kelas agama.

"Soal kerjaya saya pun Lufya juga sudah faham. Walaupun sesibuk mana saya akan curi masa untuk menghubunginya," ujar tunang Lufya dipetik sebagai berkata.

Apapun, kita doakan agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan.


Sumber: Media Hiburan



         ________________________





No comments: