25 July 2016

SUAMI SAYA DULU HANYA PEMANDU LORI SAYUR - DATIN RED



Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red yang mengahwini penyanyi Adira tidak lama dulu sebagai isteri kedua dan 'kantoi' dengan pelakon baharu Ruhainies, sebenarnya hanya seorang pemandu lori sayur sebelum muncul sebagai usahawan berjaya.

Rahsia tersebut didedahkan sendiri oleh isteri pertamanya yang hanya mahu dikenali sebagai Datin Red atau Syarifah yang berkahwin dengan Adnan ketika usianya 19 tahun.

Malah katanya, dia sebenarnya sudah masak benar de­ngan perangai suaminya itu dan tidak pernah ambil pusing tentang hal-hal negatif melibatkan Adnan.





"Apa yang berlaku di luar sana biarlah suami saya sahaja selesaikan, dia yang mula cari masalah. Mengapa saya perlu pening kepala fikirkan masalah dia?

"Saya tidak tahu pasal orang luar mengecam atau marah dia, yang pasti hubungan saya de­ngan dia bahagia," ujarnya dipetik sebagai berkata.



--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)



Terdahulu, bercerita mengenai detik perkenalan dengan Datuk Red, kata Syarifah pada mulanya dia hanya mengenali suaminya itu sebagai pemandu lori sayur.

"Saya berkahwin ketika berumur 19 tahun, memang selepas 10 tahun tiada apa yang saya dapat rasakan selain sayang kepada dirinya mungkin juga sebab anak-anak.



"Kami mula mengalami kehidupan yang lebih senang sejak tiga tahun yang lalu, apabila perniagaan suami semakin baik," katanya.

"Saya percaya kepada jodoh, selagi ada jodoh saya akan bersama dia. Soal bermadu, saya rasa mana-mana wanita juga sama. Macam mana hancurnya hati saya ketika dia berkahwin dengan Adira, mungkin Adira juga merasai perkara yang sama kini.

"Cumanya selagi dia suami, saya akan pastikan menjadi isteri yang baik buat dirinya," tambah Datin Red.





Sumber: Utusan - Foto Datin Red IG - www.myartis.com



         ________________________





No comments: