25 July 2016

TIDAK TERLIBAT - ADLIN DAKWA DIEKSPLOITASI SINDIKET PELABURAN



Semua mengetahui berita dimana pelakon, pengacara dan pelawak Adlin Aman Ramlie, 44, telah ditahan pihak polis atas dakwaan terlibat didalam kes penipuan hartanah bernilai RM500,000.

Tidak mahu ada pihak yang terus salah faham dan menghakimi dirinya tanpa mengetahui perkara sebenar, Adlin semalam telah mengadakan satu sidang media khas bagi menjelaskan setiap butiran mengenai dakwaan yang dilemparkan kepada dirinya.





Dalam sidang media yang diadakan semalam di Sri Pentas itu, kata Adlin bahawa beliau sebenarnya telah menjadi mangsa perangkap dan eksploitasi sindiket pelaburan haram sehingga ditahan pihak polis pada Rabu lalu.

Tegas Adlin, dia tidak terlibat dalam sebarang aktiviti seperti diperkatakan dan dijadikan 'kambing hitam' bagi kepentingan pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya ingin tegaskan di sini saya langsung tidak terlibat dalam sebarang urusan pelaburan tidak sah melibatkan syarikat berkenaan. Saya secara peribadi merasakan diperangkap, dieksploitasi selain rangkaian sindiket ini telah menjadikan saya sebagai kambing hitam," jelasnya.



Dalam pada itu, Adlin juga menafikan berita bahawa beliau ditahan reman selama empat hari. Sebaliknya, beliau hanya ditahan selama 24 jam untuk membantu siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis.

Pada masa yang sama, Adlin mengakui dia banyak terlibat dalam program berbentuk sistem pemasaran pelbagai peringkat (MLM) namun hanya sebagai penampilan khas atau memberi ceramah motivasi.

Jelasnya lagi, dia langsung tidak terlibat dalam mempromosikan sebarang bentuk agenda sesebuah syarikat MLM dan kali terakhir hadir sebagai penceramah pada Disember tahun lalu.

--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)



"Saya tidak menafikan mengenali ramai individu dalam rangkaian ini termasuk yang ditahan pihak polis baru-baru ini.

"Bagaimanapun saya tidak mempromosikan apa juga yang mereka lakukan kerana kehadiran saya sama ada sebagai seorang profesional iaitu tetamu atau memberi ceramah motivasi. Malah kali terakhir saya muncul dalam program sedemikian adalah pada Disember tahun lalu," katanya.

Adlin juga akan memberikan kerjasama sepenuhnya sekiranya beliau sekali lagi dipanggil oleh pihak polis menumpaskan sindiket berkenaan. Adlin juga berharap orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana sindiket penipuan MLM.



"Saya belajar daripada pengalaman ini dan akan lebih berhati-hati dalam setiap acara atau majlis yang akan saya hadiri.

"Kejadian ini juga diharap dapat memberi pengajaran kepada orang ramai malah rakan selebriti agar tidak mudah terpengaruh dengan rangkaian seperti ini.

"Saya akan berikan kerjasama sepenuhnya sekiranya dipanggil untuk berbuat demikian bagi memastikan sindiket seperti ini dapat dihapuskan," ujarnya dipetik sebagai berkata.


Sumber: mStar



         ________________________





No comments: