01 August 2016

3 GAMBAR - WAJAH COMEL PUTERI LANA NODIN



Bagi yang terlepas melihat wajah Gia Quinn Mckienzie di Melodi, Lana Nodin dan suaminya pemain bola tampar Amerika Syarikat (AS), Mohd Daud Mckienzie secara rasmi menerusi laman Instagram masing-masing telah memuatnaik gambar wajah puterinya itu.

Setelah hampir tujuh bulan 'menyembunyikan', akhirnya peminat dapat melihat wajah si comel yang dilahirkan Januari lalu.

Selama ini, pelakon filem 'Chow Kit' itu memilih untuk tidak menunjukkan wajah anak perempuannya itu, sehingga memuatnaik gambar terbaharu Gia, kelmarin.





"Anak perempuan cantik kesayangan saya," tulis Lana di laman Instagramnya.

Selepas itu, Lana memuatnaik satu lagi foto mereka sekeluarga sambil mengucapkan Selamat Hari Raya. Disamping itu, suami Lana juga memuatnaik gambar Gia di laman IGnya.

Lana, ketika dihubungi, menjelaskan dia kini berada di Malaysia untuk tempoh singkat. Sebelum kembali ke AS, Lana sekeluarga akan terbang ke Singapura.



--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)




Sumber: Berita harian
Foto: Lana Nodin IG & David Mckienzie IG


         ________________________





No comments: