01 August 2016

ADIRA HAMIL 7 MINGGU - DATO RED KONGSI FOTO IMBASAN KANDUNGAN



Dato Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Dato Red menerusi laman Instagram telah memuatnaik gambar imbasan kandungan isteri keduanya, Adira Suhaimi yang berusia tujuh minggu.

"Alhamdulillah #bakadatored #umatyanghensem moga jadi anak yang soleh jangan ikut perangai papa..tapi kalau korang pandai siapa ibunya," kata Dato Red pada gambar imbasan tersebut.





Meskipun ada yang gembira dengan berita berkenaan, masih ada sesetengah netizen yang memberikan komen agar baka Dato Red itu tidak mengikut perangai bapanya yang gatal dan macam-macam komen lagi berbaur sindiran ditujukan buat Dato Red.

Terdahulu, Dato Red berkongsi berita kehamilan Adira itu ketika sedang hangat dengan kontroversi dirinya bersama Ruhainies.

Malah, Adira menerusi satu kenyataan juga mengakui kandungan beliau itu sudah berusia dua minggu tetapi beliau masih belum membuat pemeriksaan lanjut di klinik kerana ingin isu Dato Red bersama Ruhainies reda terlebih dahulu.

--- IKLAN ---
(dijamin oleh myartis sebagai 'good seller' - pesanan pos laju pasti dihantar)







         ________________________





No comments: