29 August 2016

49 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS AKAD NIKAH & RESEPSI IDZHAM ISMAIL & ISTERI



Semalam telah berlangsung majlis akad nikah serta resepsi pelakon yang dikenali dengan watak 'Panjang' dalam drama bersiri popular Juvana, Idzham Ismail dan isterinya seorang pramugari Arab Saudi, Siti Nur Abilah atau Bella.

Majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Shah Alam, pada sebelah pagi diikuti resepsi di One City Subang, malam semalam.

Idzham mengenali Bella sejak Julai tahun lalu. Bermula sekadar menyukai gambar masing-masing di laman Instagram, mereka akhirnya berjumpa kira-kira dua bulan kemudian.


MAJLIS AKAD NIKAH




Selepas lapan bulan mengenali hati budi masing-masing, Idzham dan Bella mengambil keputusan berkahwin.

"Alhamdulillah selesai sudah majlis kami. Saya harap semua akan mendoakan kebahagiaan kami hingga ke Jannah.

Walaupun baru empat tahun membina nama dalam bidang lakonan, saya percaya dengan rezeki selepas berkahwin," ujar Idzham dipetik sebagai berkata.

Mengenai isterinya, Idzham memberitahu dia cukup selesa dengan wanita yang bertugas di Arab Saudi itu.

"Selama dengannya, dia buat saya rasa selesa. Saya dan isteri akan meneruskan kerjaya masing-masing seperti biasa." katanya.

Difahamkan, Idzham dan isteri telah terbang ke Korea semalam untuk berbulan madu.





___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________





GAMBAR LAIN:
Klik untuk size besar







































MAJLIS RESEPSI



















































Sumber: Berita Harian
Foto: Idzham Ismail IG


         ________________________





No comments: