29 August 2016

AKUI KINI TIDAK LAGI BERHIJAB - UQASHA SENROSE MAHU JADI DIRI SENDIRI



Melalui pendedahan eksklusif kepada Berita Harian, pelakon Uqasha Senrose, 23, yang tidak mahu terus menerus menipu dirinya telah mengakui bahawa dirinya kini tidak lagi berhijab selepas tiga tahun berhijab.

Kata Uqasha, dia bersedia menerima apa saja kemungkinan selepas mengaku tidak lagi berhijab termasuk cercaan dan kecaman netizen dari warga laman sosial mengenai tindakannya itu.





"Atas apa alasanpun, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan.

"Selama tiga tahun, saya akui iman saya turun naik. Pendek kata memang tak konsisten. Saya masih muda dan keputusan bertudung itu hadir ketika hati masih berkecamuk selepas putus cinta. Mungkin juga saya tak fikir panjang.

"Saya seperti hilang arah tuju dan melihat tekad untuk bertudung itu dapat memulihkan semangat serta membuka fasa baharu dalam hidup. Tetapi sebaliknya yang terjadi.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________


"Malah dalam tempoh itu juga apabila keluar kontroversi itu dan ini, ada mulut yang lantang mendakwa lebih baik tak bertudung kalau buat perangai," luah Uqasha.

Pada pertemuan dengan media, Uqasha membenarkan wajah terbaharunya dirakamkan tetapi dalam keadaan berselendang biarpun pada hakikatnya, dia sudah kembali kepada penampilan asal.

Tegas Uqasha yang merupakan kakak kepada Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose ini lagi, khilaf dirinya itu bukan kerana mahu mempermainkan agama.

"Saya mahu jadi diri sendiri. Saya tak mahu dibayangi dengan kisah bertudung itu lagi. Saya rasa diri ini lebih mempermainkan agama dan seperti munafik jika bertudung tetapi tidak menonjolkan sikap yang bertepatan dengan gaya berkenaan," katanya.

Bagi Uqasha, dia lebih rela dihukum manusia daripada terus hidup kepura-puraan. Sebelum ini, Uqasha pernah dikecam selepas gambarnya tidak bertudung dan seksi ketika bercuti di Koh Lipe, Thailand, tersebar.


Sumber: Berita Harian


         ________________________





No comments: