29 August 2016

"SELAMAT PENGANTIN BARU" - ALONG CHAM KINI SAH BERCERAI DENGAN ZILA AF4



Kalau sudah tersurat sampai di sini jodohnya, tiada apa yang dapat kita lakukan!

Demikian halnya dengan pelakon dan pelawak Along (Cham) dengan Zila Saeron (AF4) apabila mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, kira-kira pukul 10.40 pagi hari ini.

Difahamkan, lafaz berkenaan dibuat Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, di hadapan Hakim Syarie, Abdul Halim Abu Samah.





Along selaku plaintif kes berkenaan memfailkan permohonan perceraian itu pada Isnin mengikut Seksyen 47, Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Ketika di perkarangan mahkamah, Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron, 28, yang hadir bersama peguam syarie, Nurul Aini Yusoff dilihat cuba bersalaman dengan suaminya namun ditolak lelaki itu.

Along pula yang tiba sejak 8.40 pagi di mahkamah dilihat tenang bersama peguamnya, Roshdan Sujak Rafie.



Bekas peserta program Maharaja Lawak Mega (MLM) itu memberitahu mahkamah mereka sudah tinggal berasingan sejak lima bulan lalu dan Zila selaku defendan dalam kes berkenaan keluar daripada rumah kelmarin mereka tanpa kebenarannya.

Jelasnya lagi, isterinya itu bertindak keluar daripada rumah kerana tidak suka dimarahi plaintif disebabkan sikapnya yang malas memasak.

Dalam pada itu, Abdul Halim ketika membaca keputusan selepas lafaz dibuat memerintahkan Zila menjalani tempoh edah selama tiga kali suci berkuatkuasa hari ini.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________


Mereka juga diminta untuk mendaftarkan perceraian tersebut di kaunter mahkamah selain sijil pernikahan dilupuskan.

Terdahulu, Abdul Halim turut mendengar sebutan tuntutan nusyuz yang difailkan Along pada 12 Mei lalu dan membenarkan permohonan defendan untuk meneliti dokumen dan memasukkan pembelaan berhubung kes berkenaan.

Mahkamah menetapkan kes berkenaan didengar semula pada 29 September depan.



Dalam perkembangan sama, peguam syarie Roshdan Sujak ketika ditemui berkata, hak penjagaan anak pasangan itu juga sudah selesai di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Julai lalu.

Katanya, hak penjagaan kekal Ahmad Danial yang kini berusia lima tahun diberikan kepada Along dan Zila diberi hak lawatan selama dua hari dalam sebulan.

Pasangan selebriti itu berkahwin pada Januari 2010.



Terdahulu, media melaporkan isteri seorang pelawak ditangkap oleh sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam kejadian pada 13 Ogos 2016 selepas dipercayai berkhalwat dengan seorang lelaki di Bukti Jalil.

Semasa serbuan dibuat, wanita berkenaan ditemui bersembunyi di belakang almari dalam sebuah bilik.

Along ketika ditemui media diperkarangan mahkamah turut menjelaskan sebab mendiamkan diri sebelum ini.



"Saya mendiamkan diri sebelum ini kerana ibu saya selalu berpesan, bila sudah bergelar suami isteri aib rumah tangga perlu dijaga. Sudah tentu sebagai suami, saya wajib menjaga aib isteri saya walaupun macam-macam cerita dia buat terhadap saya," katanya.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai gambar Smule bekas isterinya bersama seorang lelaki yang tersebar baru-baru ini, Along mengakui tidak mengenali individu tersebut.

"Saya tidak kenal siapa lelaki itu. Cuma saya terkejut kerana melihat keadaan mereka dalam foto itu. Apapun saya ucapkan selamat pengantin baru kepada mereka dan selepas ini Smule pakai baju pengantin mungkin lebih afdal," kata Along.


Sumber: mStar & Astro Gempak
Foto: mStar, Harian Metro & Hlive


         ________________________





No comments: