20 August 2016

DETIK MELAHIRKAN CAHAYA MATA PERTAMA - MISHA OMAR BERDEBAR MENANTI



Penyanyi Misha Omar atau nama sebenarnya Samihah Omar, 34, yang berkahwin dengan seorang juruterbang, Firos Ezzwan Rosly pada Mei 2014 berdebar menghitung hari saat-saat untuk melahirkan cahaya mata pertamanya.

Sebelum ini, Misha telah mempunyai dua orang anak angkat iaitu Muhammad Adam Emir, 10, dan Humaira Lateefa, 4.

"Sekarang ini saya memang berdebar-debar menuggu masa ketibaan si kecil yang dijangka lahir pada bulan hadapan atau selewat-lewatnya Oktober. InshaAllah saya mengambil kesempatan ini meminta semua mendoakan semuanya selamat," katanya.





Meskipun berada di fasa-fasa terakhir kehamilan tanpa kehadiran suami tercinta kerana mencari rezeki. Misha tetap bersyukur kerana adanya teman rapat dan keluarga serta anak-anak di sisinya.

"Dalam keadaan sarat begini, kita tidak boleh bersendirian kerana akan mengundang tekanan. Apabila terjaga di tengah malam, saya mengejutkan keluarga dan anak-anak yang berada di sisi bagi mendapatkan sokongan," jelasnya.

Manakala perkembangan terbaru penyanyi ini pula, dia baru sahaja selesai merakamkan lagu duet bersama Adibah Noor berjudul Jiwa Sentuh Jiwa.






Sumber: BH Plus


         ________________________





No comments: