18 August 2016

GAMBAR MENCARUT - BILA SHILA AMZAH KENA FITNAH



Macam-macam cara mahu mencari publisiti murahan hinggakan ada segelintirnya sanggup membuat fitnah. Terkini, gambar teknik pertindihan (superimpose) yang melibatkan penyanyi Shila Amzah sedang menunjukkan isyarat lucah turut disebarkan.

Jika tidak dilihat betul-betul dan diselidiki, gambar tersebut nampak seolah tulen hingga menimbulkan kemarahan orang lain.





Untuk info, 'fitnah terkini' itu dipercayai telah diedit oleh individu tidak bertanggungjawab melalui Twitter mengguna akaun @kucinghang.

Malah @kucinghang siap bertanya; “Mencarut apa tu kak @shilaamzah.”



“Astaghfirullahadzim, maghrib macam ni, semoga adik dapat hidayah daripada fitnah orang macam ni,” balas Shila yang nyata kecewa apabila difitnah sebegitu.

Tambah Shila melalui Instagramnya: "It wasn't a very good start today , namun kita kena hadapi dengan senyuman dan kasih sayang 💪🏻 Kill em with kindness ❤️ Brighter side of the day ,sha akan jumpa Kak @nfizaris ,she's going to do my make up later ,I miss you."

Bagaimanapun, hingga kini dia masih tidak mengetahui siapa yang melakukan perkara tersebut dan hanya berserah pada Allah SWT.


Sumber: Twitter & IG Shila


         ________________________





No comments: