25 August 2016

"KAMI RANCANG TUNAI UMRAH & HONEYMOON DI MEKAH" - EZZATY ABDULLAH



"Saya sudah membuat keputusan untuk menunaikan umrah sebelum berkahwin lagi. Malah kami mahu berbulan madu di sana," demikian kata isteri kepada Azwan Kombos, Ezzaty Abdullah yang merancang dengan suaminya untuk ke Tanah Suci Mekah pula bagi menunaikan ibadah umrah, sekaligus menyambung bulan madu mereka.

Ezzaty yang baru sahaja pulang dari berbulan madu di London bersama suami berkata, mereka akan ke sana pada bulan Januari kerana cuacanya tidak terlalu panas dan juga tidak ramai orang.





"Bila sudah berbincang, bulan Januari adalah paling sesuai sebab cuaca pun tak panas sangat dan tak ramai orang. Oleh itu, kami perlu membuat pemilihan tarikh yang sesuai. Pasal persiapan masih lagi banyak yang belum selesai," ujarnya dipetik sebagai berkata.

"Harap peminat doakan kami dan InsyaAllah ada rezeki Allah panggil kami jadi tetamu Dia, dapatlah kami pergi ke sana dan menunaikan ibadat umrah," jelas Ezzaty turut berhajat membawa ibu suaminya.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________


Apabila sudah berkahwin, pasti soalan mengenai anak akan disoal oleh orang ramai berulang kali tidak lama lagi. Sementara itu, Azwan ketika ditanya mengenai perkara ini nampaknya sudah membuat persiapan awal mengenai nama anak pertama mereka nanti. Difahamkan juga jika isterinya hamil anak perempuan nanti, Azwan amat tertarik sekali dengan nama Tatiyana.

"Nama itu Azwan memang dah fikir sebab dia suka sangat dengar nama Tatiyana. Tapi masih dalam perbincangan dan kalau ada 'isi' nanti kami perlu semak semula maksud di sebalik nama itu. Harap maksudnya sangat berguna dan baik di sisi agama. Dan InsyaAllah kami akan berkongsi berita gembira itu, lagi cepat lagi bagus," terangnya sambil tersenyum.

Apapun semoga segala perancangan dan urusan yang dirancang oleh pasangan ini akan dipermudahkan serta berjalan dengan lancar.








Sumber: Media Hiburan

         ________________________





No comments: