25 August 2016

PENAGIHAN DADAH - ZAMANI NAFI KEMBALI TERJEBAK



Selepas berat badannya dilihat semakin merosot, ada khabar angin mendakwa vokalis kumpulan Slam iaitu Zamani, 45, kembali terlibat dengan najis dadah.

Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim bagaimanapun menafikan kononnya dia kini kembali terjebak dengan aktiviti penagihan dadah selepas bebas dari pusat rawatan pemulihan di Rumah Pengasih tahun lalu.

Katanya, dia mempunyai bukti yang kukuh dengan surat akuan bebas dadah dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di Sungai Besi.





"Sebenarnya khabar angin atau cakap-cakap saya kembali semula menagih adalah tidak benar dan saya sudah dapatkan surat akuan bebas dadah sebagai buktinya. Saya baru sahaja ke sana untuk buat rawatan susulan dan mendapatkan surat itu untuk persediaan diri saya sendiri," jelasnya.

Penyanyi lagu 'Gerimis Mengundang' ini berkata berat badannya turun berikutan jadual kerja yang terlalu padat.

"Orang tidak tahu saya terlalu sibuk dengan persiapan konsert Slam dan Tiga Suara ini sehingga sedikit mengganggu masa makan.

___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________


"Sebenarnya saya malas untuk komen panjang kerana khabar angin bersifat negatif ini hanya akan merosakan kerjaya saya.

"Saya takut ia akan menggangu perjalanan konsert Tiga Suara yang diusahakan oleh Datuk Jamal Abdillah ini," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Konsert Tiga Suara yang turut membariskan penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah dan Ameng Spring itu akan diadakan pada 22 hingga 25 September depan di Istana Budaya.


Sumber: mStar


         ________________________





No comments: