04 August 2016

SAHARUL RIDZWAN SAH AKHIRI ZAMAN BUJANG 16 SEPTEMBER INI



Tahniah diucapkan buat pelakon Saharul Ridzwan atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 27, yang bakal menamatkan zaman bujangnya bersama pilihan hatinya, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 28, pada 16 September depan.

Memetik laporan Astro Gempak, pihaknya telah menerima kiriman kad undangan perkahwinan pelakon itu menerusi aplikasi Whatsapp pada petang semalam. Perkara tersebut sekaligus menjawab teka-teki mengenai tarikh perkahwinan aktor tersebut.





Sebelum ini, Saharul lebih selesa mendiamkan diri mengenai identiti bakal isterinya, namun selepas melihat kad undangan itu, ternyata wanita tersebut merupakan 'insta famous' yang memiliki seramai 62 ribu pengikut. Deena Emir juga merupakan usahawan atas talian yang juga pemilik Wrap Boutique House.

Majlis perkahwinan Saharul dan bakal isterinya bakal diadakan di Dewan Sri Siantan, Presint 3, Putrajaya.

Apapun, kita doakan agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan.



___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________


Sumber: Astro Gempak



         ________________________





No comments: