25 September 2016

9 GAMBAR - WARIS TERUJA LIHAT ANAK MEMBESAR



"Walaupun hanya berkesempatan melelapkan mata beberapa jam saja, tetapi saya seronok menjalankan tanggungjawab sebagai bapa. Disebabkan terlalu penat, saya pernah hampir terlelap ketika memberikan bayi susu," demikian kata penyanyi rap Waris yang tidak ralat terpaksa bersengkang mata kerana teruja menyambut kelahiran anak sulungnya, Muddassir sejak seminggu lalu.

Waris atau nama sebenarnya Muzammil Alias, 27, berkata, beliau seronok menggalas tanggungjawab baharunya itu, malah sentiasa membantu isterinya, Izzati Amirah Kamaruddin dengan mengambil giliran menjaga anak lelaki mereka.





"Saya tidak mahu terlepas momen penting melihat anak membesar depan mata. Saya ingin merasai setiap pengalaman itu, malah begitu teruja mencukur rambut anak ketika usianya mencecah seminggu, semalam.

"Saya juga mengazankannya selepas dilahirkan dan melakukan acara tahnik iaitu meletakkan manisan dalam mulut bayi menggunakan kurma serta madu seperti yang dianjurkan Islam," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Penyanyi yang popular dengan lagu 'Gadis Jolobu' itu berkata, Muddassir dilahirkan secara normal pada 17 September lalu, jam 1.43 pagi dengan berat 2.46 kilogram.

Waris dan isteri diijabkabulkan di Surau Al-Wehdah, Taman Lestari Permai, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, pada 1 Ogos tahun lalu.





___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________





GAMBAR LAIN:
Klik untuk size besar









Sumber: Berita Harian


         ________________________





No comments: