29 September 2016

TIDAK LAWAT ANAK - BEKAS SUAMI ELLY MAZLEIN ENGGAN ULAS



Sebelum ini, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein memberitahu bekas suaminya, Azmi Hatta yang merupakan pengarah drama itu tidak melawat anak mereka, Putri Sara Sefhia sejak dia dilahirkan enam bulan lalu, biarpun mahkamah memberi hak lawatan kepadanya seminggu sekali.

Kata Elly, kali terakhir bekas suaminya berjumpa anak adalah ketika mengiqomatkan Putri Sara sewaktu dilahirkan.





Azmi, 40, ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas tentang dakwaan kononnya dia gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa selepas bercerai dengan penyanyi tersebut pada 15 Oktober tahun lalu.

"Saya tiada apa-apa nak komen tentang perkara itu, apa-apa awak boleh bertanya kepada Elly sahaja. Doakan yang baik-baik sahaja okey," ujarnya yang turut meminta agar sebarang kenyataan tentang perkara itu dirujuk sendiri kepada pihak Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina, 36.



Elly dalam kenyataan itu berkata yang dia tidak sedih dan kecewa dengan tindakan suaminya itu kerana sudah biasa hidup sendiri sejak diceraikan ketika Putri Sara masih dalam kandungan pada Oktober tahun lalu.

Selain itu, hal berkaitan nafkah akan dibicarakan di mahkamah pada 12 Oktober ini.

Untuk rekod, Elly dan Azmi berkahwin pada 9 November 2014, sebelum mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015. Hasil perkahwinan tresebut, pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan pada 9 Mac lalu.




Sumber: mStar


         ________________________





No comments: