29 September 2016

ISU FOTO BOGEL - WARTAWAN HM CABAR ATIKAH SUHAIME LAPOR POLIS



Gara-gara terlalu banyak kes moral yang dihadapi artis generasi sekarang, wartawan veteran dan juga Pengarang Rencana Metro Ahad iaitu Adam Salleh meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir artis tersebut yang jelas memalukan industri seni.

Apa yang paling dikesalkannya ialah kes Atikah Suhaime. Tulisnya, alangkah baik jika pelakon berasal dari Singapura itu membuat laporan polis bagi membersihkan namanya.





Dengan berbuat demikian, pada waktu sama dia juga dapat membersihkan juga nama ramai selebriti Singapura yang mencari makan di sini sama ada menjadi penyanyi, pelakon atau komposer sesudah republik negara kelahiran mereka tidak menjanjikan masa depan cerah buat kalangan selebriti Melayu.

"Mengapa pula pada sidang akhbar tempoh hari pihak pengurusannya pula yang menyibuk. Untuk mengetahui sesuatu itu benar atau tidak mudah sahaja, jika laporan polis sudah dibuat segala siasatan mula dilakukan daripada A hinggalah ke Z, lalu tidak mustahil artis yang konon berlagak suci penyudahnya terpaksa dikalungkan ‘gelang besi’ lalu beristirehatlah dikau seketika di sebalik tirai besi menanti penghakiman," ujarnya.



Untuk info, sebelum ini Atikah pernah menyuarakan amaran akan mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebarkan gambar yang didakwanya 'palsu' itu. Dia juga berjanji dengan peminatnya dilaman sosial yang dia akan membuat laporan polis setelah dia kembali ke Malaysia.

Namun sehingga kini, tiada laporan polis yang dibuat oleh Atikah. Malah rakan artis lelakinya Idris Khan yang terpalit sama dengan kontroversi itu juga 'mengunci mulut' dengan alasan ia dalam siasatan serta mendapat nasihat peguamnya.



"Apabila terjadi insiden begini, reaksi atau komen balas diterima di kalangan artis alasan basi diberi 'artis pun manusia biasa', tidak sunyi daripada melakukan kesilapan. Benar artis itu manusia biasa yang makan dan berak, tetapi harus diingat artis itu adalah cerminan masyarakat.

"Apabila sudah dilabel cermin, bermakna sesuatu yang positif haruslah dijadikan identiti bukan negatif. Ibarat berani kerana benar, ada artis cuba menegakkan benang basah di atas kerosakan moral dilakukan, tetapi apabila dicabar membuat laporan polis tidak berani ke balai," tambah Adam melalui ruangan pojoknya semalam.





         ________________________





No comments: