29 September 2016

PENANTIAN BERAKHIR - SYAMSUL YUSOF & ISTERI BAKAL TIMANG ANAK



Setelah menunggu selama dua tahun, akhirnya pengarah dan pelakon Syamsul Yusof dan isterinya, Puteri Sarah Liyana yang juga seorang pelakon bakal menimang cahaya mata apabila Puteri Sarah disahkan hamil tiga bulan.

Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Syamsul yang ternyata begitu teruja walaupun pada awalnya mereka terpaksa merahsiakannya kerana masih diperingkat awal.





"Sebenarnya saya tak mahu beritahu orang lain sebab bimbangkan kandungan Sarah masih di peringkat awal. Malahan, saya hanya memberitahu ayah dan ibu saya pada raya haji yang lalu. Tak sampai hati nak berahsia lebih lama bila melihat ayah saya bermain-main dengan cucu dia yang lain," jelasnya Syamsul.

Syamsul dan Puteri Sarah yang berkahwin pada 8 Mac 2014 pernah mengalami saat duka apabila Sarah keguguran pada awal perkahwinan mereka.

"Kali ini saya meminta Sarah mengurangkan kerja-kerjanya di butik agar dapat berehat dan menjaga kandungan sepenuhnya. Kami mengambil tambahan pekerja agar Sarah tidak perlu ke butik di Bangsar setiap hari.



"Saya juga tak izinkan dia berlakon ketika hamil ini. “Saya sendiri membantu menjaga kandungan Sarah dengan menyediakan pemakanan yang sihat sesuai dengan wanita hamil. Kena banyak-banyak bersabar jugalah!," katanya.

Bagaimanapun, perkara ini mungkin dapat dihidu oleh sesetengah pihak yang menonton Festival Filem Malaysia (FFM 28) apabila Syamsul seolah-olah memberi bayangan mereka bakal menyambut kehadiran orang ketiga pada tahun hadapan ketika memberi ucapan kemenangan sewaktu filem Munafik membolot anugerah di dalam Festival Filem Malaysia ke-28 yang lalu.

Tahniah diucapkan buat pasangan bahagia ini dan semoga kelahiran bayi pertama mereka ini akan menyerikan lagi suasana perkahwinan mereka serta dilimpahi kebahagiaan berganda buat mereka berdua.


Sumber: Utusan Malaysia


         ________________________





No comments: