16 October 2016

SUASANA MAJLIS RESEPSI HAFIDZ ROSHDI & ISTERI



Pelakon Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada semalam telah mengadakan majlis resepsi mereka setelah selesa melangsungkan majlis akad nikah pada penghujung bulan April lalu.

Majlis resepsi yang mengambil masa beberapa bulan untuk dilangsungkan itu telah diadakan di Astana Wedding Place & Function, Shah Alam.





Dalam majlis tersebut, pasangan merpati dua sejoli ini kelihatan begitu segak dan cantik sekali mengenakan busana songket berwarna lembut.

Walaupun majlis yang diadakan secara sederhana namun dekorasi pelamin yang dipenuhi bunga seperti taman menambahkan lagi keceriaan majlis tersebut.

Majlis resepsi ini telah dihadiri oleh keluarga di kedua-dua belah pengantin, rakan-rakan terdekat dan juga beberapa rakan selebriti. Majlis juga turut diserikan dengan busana kedua belah keluarga memakai busana berwarna biru dan merah jambu.

Terdahulu pasangan ini telah selamat diijabkabul di kediaman perempuan di Perlis pada 30 April lalu. Majlis yang penuh sederhana itu hanya dihadiri oleh teman rapat pasangan sahaja. Malah pada ketika itu, Hafidz juga tidak banyak berkongsikan gambar di sekitar majlis mereka.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada pasangan sama cantik sama padan ini.



Foto kredit: Hafidz Roshdi IG & @karmaxproduction



         ________________________





No comments: