15 October 2016

SIKU KIRI BENGKAK - ANAK ABBY & NORMAN DIRAWAT DI HOSPITAL



Mohamed Danish Hakim, 13, iaitu anak sulung Norman Hakim dengan bekas isterinya Abby Abadi, telah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan, sejak lima hari lalu apabila mengalami bengkak di siku kirinya sejak minggu lalu.

"Saya minta semua doakan yang baik-baik saja untuk keluarga kami. Insya-Allah, semuanya okay," kata pelakon Norman mengenai keadaan kesihatan anaknya itu.





Norman berkata, Danish kini masih dalam pengawasan doktor dan mereka masih menunggu keputusan ujian yang dilakukan doktor sebelum ini.

"Siku Danish masih bengkak dan kita belum tahu apa puncanya lagi," jelasnya.

Sementara itu, Abby menerusi laman Instagramnya memuatnaik status dengan mendakwa Danish tidak pernah sakit sejak dilahirkan dan terkejut apabila tiba-tiba anaknya itu memaklumkan tangannya sakit hingga terpaksa dimasukkan ke hospital.



Abby turut mendakwa dia dimaklumkan doktor, Danish mengalami ketumbuhan dalam saluran darah dan jika tidak dirawat boleh merebak menjadi kanser. Dalam status yang sama, Abby turut menulis hashtag #TibaTibaRasaNakFightHakUntukAnakAnak, #UntukMasaDepanDorang dan #TerlambatkahAku.

"Sejak lahir tak pernah sakit... tiba-tiba baru ni dia bagitahu tangan dia sakit. Tiba-tiba bengkak, ingatkan bengkak biasa-biasa je. Terpaksa masuk hospital. Scan, buat MRI, MRA... baru tahu Danish sakit apa. Ada ketumbuhan dalam saluran darah dia.

"Mmmmmm... Terpaksa bercuti panjang untuk buat rawatan. Doc kata sakit Danish ni bahaya. Kalau dibiarkan boleh jadi kanser.



"3 hari di KPJ. Esok nak kena refer ke hospital lain pula (Tak dapat nak share kat sini). Doakan untuk Danish ye. Doakan Mamanya kuat juga untuk uruskan anak3 yang ada ni," ujar Abby di IGnya.

Norman ketika ditanya mengenai status bekas isterinya itu enggan mengulas lanjut.

"Ada banyak hashtag dia (Abby) sebelum ini dan bukan itu saja," katanya.

Selain Danish, Norman dan Abby turut dikurniakan dua lagi anak iaitu Marissan Dania Hakim, 11, dan Maria Danisha Hakim, 8.


Sumber: Harian Metro



         ________________________





No comments: