07 October 2016

ANGGAP 'ARTIS' TIDAK HALAL - PELANGGAN BATAL BELI BAJU BUTIK LAN KRISTAL



Menerusi laman Facebook, isteri Lan Kristal, Nur Sheila Hassim telah memuatnaik status serta gambar screenshot perbualan di Whatsapp, berkenaan gelagat salah seorang pelanggan butiknya.

Menerusi screenshot perbualan di Whatsapp antara isteri Lan Kristal dengan pelanggan tersebut, wanita itu telah membatalkan pembelian apabila mengetahui bahawa Lan Kristal merupakan pemilik butik.





Isunya kerana Lan Kristal seorang artis dan wanita tersebut menganggap pendapatan kerjaya sebagai artis adalah tidak halal.

"Allahuakbar, kecewa sekejap dengan pelanggan begini. Tak sangka sebab masih ada manusia yang kolot pemikirannya. Dear kakak yang 'berwasap' semalam, kami tak paksa kalau kakak tak nak beli koleksi dari kami TAPI JANGAN HINA pekerjaan suami saya sebab dari hasil nyanyian tu la kami besarkan anak-anak, kami dapat pergi umrah dan lain-lain.



"InsyaAllah selagi waras akal fikiran, kami masih tahu HALAL & HARAM dan jangan dirosakkan fikiran pembantu butik saya dengan menulis cari rezeki kena yg halal tau. Saya doakan semoga family akak kelak tak ada yang bekerja dalam industri yang kakak hinakan sangat ni," luah isteri Lan Kristal di FB.

Sabarlah Lan, Sheila dan semua rakan-rakan artis yang berniaga. Manusia ini macam-macam. Kita doakanlah semoga tak ada keluarga kakak ini yang menjadi 'artis' ya.













         ________________________





No comments: