06 October 2016

ELLY MAZLEIN 'DOAKAN KEBAHAGIAAN' BEKAS SUAMI & FAYE KUSAIRI



Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein, 36, memberitahu yang dia gembira dan berterima kasih kepada Faye Kusairi kerana akhirnya aktres tersebut mengaku mempunyai hubungan cinta dengan bekas suaminya yang juga pengarah, Azmi Hatta.

Elly yang merupakan peserta Gegar Vaganza musim ke-3 (GV3) itu turut mendoakan kebahagiaan bekas suami dengan kekasih barunya itu.





"Apa-apa pun saya terhutang budi dengan Faye, terima kasih banyak-banyak... minta dia jaga Azmi baik-baik tau. Sebagai hadiah saya mendoakan kebahagaian mereka hingga ke jinjang pelamin," ujar Elly dipetik sebagai berkata.

Faye dalam kenyataannya baru-baru ini, mengaku menjalin hubungan cinta dengan bekas suami Elly sejak Disember tahun lalu selepas pemuda berkenaan bercerai dengan Elly. Bagaimapun, Faye menafikan bahawa dirinya itu menjadi punca perpisahan pasangan berkenaan bercerai, sebaliknya berkata yang dia tidak akan rapat dengan bekas suami Elly jika dia tahu Azmi masih suami orang.

Dalam pada itu, ditanya apakah maksud yang ingin disampaikan olehnya di laman sosial, Elly berkata orang yang membacanya akan faham tentang mesej yang ingin disampaikan itu.



"Biarlah siapa-siapa yang baca itu faham sendiri, kita tunggu sahaja apa lagi drama yang akan berlaku selepas ini. Alhamdulillah kebenaran akan terbukti sedikit demi sedikit," katanya.

Sementara itu, sejak seminggu lalu, Elly sering memuatnaik foto yang berbaur sindiran dengan beberapa hashtag tertentu sehingga menimbulkan tanda tanya banyak pihak.

Antara hashtag yang ditulis Elly di laman Instagramnya adalah #BapaTakMelawatAnak, #BapaLepasTangan, #BapaKuOrangBujang, #KekasihBapaJealousTakBagiMelawatAnak, #KekasihkuDiperkatakanOrang dan #KekasihkuKononnyaDiFitnah.



Sindiran-sindiran berkenaan juga, dilihat seperti ditujukan kepada aktres berkenaan apabila terdapat nama Faye Kusairi pada foto terbabit.

Elly bagaimanapun, enggan mengulas dan menganggap apa yang dimuatnaik hanya satu kenyataan di laman sosial.

Azmi dan Elly bercerai pada 15 Oktober 2015 di Mahkamah Rendah Syariah Sepang iaitu kira-kira 11 bulan berumahtangga. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan pada 9 Mac lalu.




Sumber: mStar


         ________________________





No comments: