06 October 2016

PESERTA GV3 SAMA DENGAN SENARAI BOCOR



Umum pasti telah tahu bagaimana senarai peserta Gegar Vaganza 3 yang dijadualkan berlangsung pada 16 Oktober depan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bocor baru-baru ini di laman sosial.

Meskipun awalnya pihak Astro menafikan senarai tersebut, namun semalam ia akhirnya diumumkan kepada media dan ternyata senarai terkini itu sama dengan senarai yang dibocorkan.





Untuk makluman, artis yang terpilih pada musim ketiga ialah Ameng Spring, G-Mie Screen, Razis Ismail, Rem, Shidi Data, Zarul Umbrella, Siti Sarah, Intan Sarafina, Zur Eda, Azharina, Elly Mazlein dan Nora.

Sementara pengarah Muziknya ialah Datuk Ramli MS. Penyanyi berpengalaman, Datuk Khadijah Ibrahim, masih kekal sebagai pengkritik tetap.

Nabil Ahmad dan Jihan pula terus menggalas tanggungjawab sebagai pengacara dikonsert pertama yang akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria dan Ria HD.








         ________________________





No comments: