20 October 2016

BAKAL BERSALIN ANAK KELIMA - PERUT SHIERA 'TERLEBIH' BESAR



"Apabila mengandung pada usia 40 tahun ke atas, memang proses kehamilan akan berbeza. Sebelum ini apabila hamil, berat saya akan meningkat sehingga 62kg saja. Tetapi, kali ini bertambah 10kg pula.

"Bayangkan, ketika kandungan berusia lima bulan, orang ingat saya sudah mahu bersalin. Badan saya tidak berisi pun, sebaliknya perut yang terlebih-lebih membesar," ujar pelakon Sharifah Shahirah atau mesra dengan panggilan Shiera, yang hamil anak kelima.





"Saya sudah tak larat hendak berjalan lama-lama kerana cepat berasa letih. Jadi, saya mengambil pendekatan untuk tidak berlakon sepanjang tempoh kehamilan ini.

"Apapun, sekarang saya sedang menunggu masa untuk bersalin pula. Harap-harap semuanya dipermudahkan Allah," tambahnya yang mempunyai berat badan 72 kilogram (kg).



Untuk info, Shiera mempunyai tiga cahaya mata iaitu Airell, 12, Airra, 9, dan Audrra, 7, hasil perkahwinannya bersama Ijoy. Malah dia juga pernah mengalami keguguran.

Sebelum ini, dia turut mempunyai seorang anak perempuan, Allisya, 18, hasil perkahwinan pertamanya bersama bekas suami, Jatt (Black Dog Bone).


Sumber: BH - Foto: Shiera IG - www.myartis.com




         ________________________





No comments: