20 October 2016

KERAP BERDALIH - AKHIRNYA MIA MENGAKU NAK KAHWIN



"Saya sudah berkenalan selama setahun. Setakat ini hubungan kami sudah direstui keluarga. Jujur kami selesa dengan hubungan ini.

"Jadual Izham hanya akan dikeluarkan pada bulan Disember ini. Jadi memang tidak mungkinlah dalam waktu terdekat," jelas Mia Ahmad yang sebelum ini sering berdolak-dalih mengenai hubungan cintanya.





Mungkin disebabkan tidak mampu menyorokkan hubungan itu, akhirnya Mia terpaksa mengakui yang dia sedang merancang untuk berkahwin dengan penjaga gol kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Mohd. Izham Tarmizi Roslan, 25.

Namun begitu, Mia masih belum mempunyai tarikh yang sesuai untuk majlis pernikahan itu memandangkan jadual kekasihnya agak padat ketika ini.

Untuk makluman, hubungan mereka mula tersebara selepas gambar sambutan hari jadi Mia di sebuah kafe di Johor Bahru tersebar. Ketika itu, Mia mendakwa mereka hanya sekadar kenalan biasa sahaja.




Sumber: Utusan
Foto: Mia Ahmad IG


         ________________________





No comments: