15 October 2016

SELAMAT BERSALIN - 'FAHAD IBRAHIM' NAMA BABY NAD ZAINAL



Menerusi laman Instagram Nad Zainal, dia memaklumkan bahawa dirinya itu telahpun selamat melahirkan seoarang bayi lelaki tepat jam 11.38 malam semalam.

Dalam pada itu, Nad turut memberitahu yang dia dan suaminya Muhammad Faliq Amirudin telah sepakat menamakan bayi sulung mereka itu dengan nama 'Fahad Ibrahim'.

Kehadiran cahaya mata sulung ini turut disambut dengan rasa gembira oleh peminat dan pengikut Nad di laman sosial berkenaan.





Nampaknya Nad kini sudah bergelar ibu dan jika sebelum ini dia pernah mengakui takut untuk bersalin selepas mendengar pengalaman dari rakan yang lain, kini semuanya sudah berlalu dan segalanya berjalan dengan lancar dan selamat.

Semoga keluarga kecil ini akan terus dilimpahi bahagia dan rezeki yang melimpah ruah. Pastinya Nad dan juga suami selepas ini akan berkongsikan lebih banyak gambar Fahad tidak lama lagi. Selamat berpantang juga buat Nad Zainal.




Sumber & foto: Nad Zainal IG


         ________________________





No comments: