Ingin mengekalkan berat badan ideal iaitu sekitar 60kg hingga 65kg, peserta Gegar Vaganza 3 (GV3), Rem amalkan makan sehari sekali.
Untuk mencapai sasaran itu, Rem atau nama sebenarnya Ramzani Kassim berkata yang dia hanya makan sedikit saja nasi dan selebihnya adalah lauk yang bersesuaian dengan dietnya.
"Ada satu ketika, berat badan saya pernah mencecah 73kg dan itu telah menampakkan saya gemuk dan sangat berisi.
"Saya ini mempunyai susuk tubuh yang rendah, jadi apabila berat badan bertambah saya akan kelihatan pelik.
"Selain kurangkan makan nasi, saya lebihkan makan roti di sebelah malam supaya sebelum tidur itu tidak terlalu lapar.
"Jadi kalau makan, saya akan pastikan makan tidak sampai kenyang sekadar cukup untuk memberikan tenaga dalam badan," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Tambah Rem lagi, sebagai persediaan untuk menghadapi Konsert GV3 Ahad ini, dia turut mengamalkan senaman seperti jogging untuk mengekalkan stamina.
"Saya kalau berjogging suka pada sebelah petang, kerana cuaca ketika itu tidak panas sangat. Awal pagi saya tidak berapa gemar kerana agak sejuk, untuk GV3 ini apa yang saya doakan agar diberikan kesihatan yang baik dan bertawakal kepada Allah," katanya.
Sumber: Astro Gempak
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment