15 October 2016

RADHI OAG & ISTERI SELAMAT TIMANG ANAK KEDUA



Tahniah kami ucapkan kepada Radhi OAG, 39, dan juga isterinya, Nur Shahira Ayu, 22, kerana telah selamat menimang cahaya mata kedua mereka iaitu seorang bayi lelaki hari ini (15 Oktober 2016). Radhi berkongsikan berita gembira tersebut bersama peminatnya di laman Instagram.

Apa yang pasti, berita gembira tersebut ternyata disambut dengan doa yang baik dan juga sokongan daripada peminat terhadap pasangan tersebut.





Radhi atau nama sebenar Muhammad Radhi Razali dan Ayu yang berkahwin pada 4 April 2014 sebelum ini telah dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Aisyah berusia 2 tahun.

Sebelum berkahwin dengan Ayu, Radhi pernah mengahwini bekas isterinya, Shazlin Sharif. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rifdhi Muslim yang kini berusia 11 tahun.


Sumber: Radhi OAG IG


         ________________________





No comments: