03 November 2016

CUKAI RM1 JUTA - CHE TA AKUI HANYA BAYAR SEPARUH



"Setiap bulan saya ke luar negara, jadi bila disekat ini rasa ralat lah. Kena perlahan-lahan bayar sampai habis. Kalau tidak sangkutlah semua percutian saya," ujar Rozita Che Wan yang mengakui mempunyai cukai berjumlah RM1 juta.

Untuk info, semalam heboh di media apabila Che Ta didakwa tidak dapat keluar negara kerana mempunyai tunggakkan cukai dengan jumlah yang tinggi sehingga terpaksa membatalkan majlis ulangtahun kelahiran anaknya di London.





"Sebelum ini, saya sudah membayar separuh daripada tunggakan cukai pendapatan. Dan sekarang saya sedang berusaha untuk melangsaikan sebahagian bakinya.

"Jadi, ini bermakna saya bukan lari atau tidak bayar langsung.



"Setiap tahun saya bayar cukai kepada LHDN. Cuma jumlah tunggakan cukai itu terlalu tinggi dan semestinya saya memerlukan sedikit masa untuk membayar semua tunggakan itu," jelasnya lagi.

Bagaimanapun, Che Ta enggan mendedahkan kerugian yang terpaksa ditanggung setelah percutiannya ke London disekat.




Sumber: UO



         ________________________





No comments: