03 November 2016

GARA-GARA MAWI MAKAN LANDAK - EKIN JADI LOYA, GELI



"Pengalaman kali pertama makan daging landak rasanya manis dan pada masa yang sama makan telur belangkas. Sebelum ini saya tak pernah melihat landak depan mata, bila ada pengalaman untuk siang dan masak landak, saya agak terkejut sebab besar dan beratnya hampir tujuh kilogram hingga 10 kilogram.

"Namun telur belangkas rasanya agak lain sedikit dan saya tak makan terlalu banyak sebab nanti boleh mabuk.





"Kebiasaannya sebelum saya makan, saya akan kirimkan gambar-gambar tersebut kepada isteri saya melalui whatsapp dan dia memang akan respon geli," ujar Mawi AF3 ketika menceritakan program dokumentari kembaranya baru-baru ini.

Program tersebut merupakan sebuah rancangan jelajah yang memaparkan tentang keistimewaan dan keunikan banyak tempat di kampung-kampung.

Menjawab soalan lain mengenai anak, kata Mawi yang sudah sembilan tahun berumah tangga, dia juga berhasrat untuk menambah anak jika ada rezeki.



"Anak, insya-Allah," katanya ringkas.

Untuk info, Mawi ditemui media ketika majlis sidang akhbar Muzik-Muzik Separuh Akhir ke-31 yang diadakan di Wisma Bentley Muzik, Damansara, kelmarin.

Lagu duetnya bersama Syamsul Yusof iaitu 'Kalah Dalam Menang' telah berjaya ke Muzik-Muzik 31 Separuh Akhir yang akan berlangsung pada 4 dan 11 November 2016 di TV3.




Sumber: MH



         ________________________





No comments: