14 November 2016

GEMPA BUMI NEW ZEALAND - INDAH LUAH RASA SYUKUR 'TERSELAMAT'



Penyanyi Indah Ruhaila yang baru melancarkan single 'Semua Untuk Cinta' itu meluahkan rasa syukur apabila dirinya 'terselamat' daripada menjadi mangsa bencana gempa bumi yang melanda New Zealand semalam.

Indah ketika dhubungi berkata, dia sepatutkan berangkat ke bumi etnik Maori tersebut pada Jumaat lalu (11 November) bagi menjalani penggambaran video muzik lagu terbaharunya tetapi terpaksa membatalkannya pada saat akhir.





Ini kerana katanya, penggambaran tersebut bertindih dengan raptai demi menjayakan persembahan sempena Anugerah Skrin 2016 (ASK2016) yang bakal berlangsung Jumaat ini.

"Patutnya 11 November lalu saya dah berangkat ke New Zealand bersama krew produksi tetapi terpaksa dibatalkan pada minit-minit terakhir selepas bertembung dengan sesi latihan serta raptai ASK2016.

"Tiba-tiba tadi kira-kira pukul 7 malam saya dapat tahu bahawa New Zealand dilanda gempa bumi. Ya Allah, terkejut saya dibuatnya.



"Apatah lagi apabila mengenangkan nasib krew produksi yang tetap meneruskan penerbangan ke sana memandangkan mereka ada urusan kerja lain yang perlu dilakukan," jelas Indah.

Semalam, gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter dilaporkan melanda bandar Christchurch, New Zealand kira-kira pada pukul 12.02 tengah malam waktu tempatan.

Tambah Indah, dia sudah cuba menghubungi rakannya yang berada di sana tetapi tidak mendapat sebarang respons dan berharap pasukan produksi tersebut berada dalam keadaan selamat.


Sumber: Utusan
Foto: Indah Ruhaila IG



         ________________________





No comments: