13 November 2016

MENINGGAL DUNIA - PENYANYI & KOMPOSER, ARAB SELAMAT DIKEBUMIKAN



Takziah kami ucapkan buat keluarga penyanyi dan komposer Syed Azlan Syed Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Arab yang meninggal dunia pada jam 5.30 pagi semalam akibat serangan jantung.

Arwah yang berusia 50 tahun menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital swasta di Seremban, Negeri Sembilan.





Sepupu kepada duo Arab & Aidit yang popular sekitar tahun 1990-an itu, Syed Kamarul Muazam Syed Salim berkata, arwah mengadu sakit dada ketika dalam perjalanan pulang dari Johor, awal pagi semalam.

Allahyarham dikejarkan ke klinik berdekatan sebelum menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan ke hospital.

"Arwah mengadu sakit dada dan dibawa ke klinik berdekatan namun meninggal dunia sebelum tiba ke hospital.

"Sebelum ini,arwah tidak pernah mempunyai sejarah berdepan serangan jantung. Pemergiannya itu begitu mengejutkan kami.

"Arwah sebelum ini, sering mengadu sakit dada tetapi tidak mendapat pengesahan lanjut doktor berkenaan penyakit yang dihadapinya. Jadi, kami menganggap arwah hanya sakit biasa" katanya.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Labis, Johor. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Marina Abdul Manap dan tiga anak.

Arab yang sinonim dengan duo, Arab dan Aidit yang terkenal dengan lagu 'Bila Bulan Berwarna Biru' dan pernah menjadi vokalis kumpulan Lefthanded untuk album Nafas.


Sumber: Berita Harian



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...