23 December 2016

ATIKAH SUHAIME, PERSONALITI NO 2 PALING DICARI DI GOOGLE 2016



Gara-gara dakwaan gambar bogel dan video lucah, akhirnya Atikah Suhaime menduduki tangga kedua selepas Donald Trump sebagai individu paling dicari.

Atikah tersenarai dalam 10 personaliti paling banyak dicari pengguna internet Malaysia di Google bagi tahun 2016 mengatasi pelakon Korea, Song Joong-ki dan Dr Zakir Naik.





Bila dajukan soalan mengenai perkara tersebut, Atikah berkata "Teruskan mencari".

"Saya tidak rasa saya adalah personaliti popular tetapi masyarakat mungkin ingin tahu tentang saya dan sebab itu mereka cari saya di Google," ujarnya dipetik sebagai berkata melalui MMO.

Tambah pelakon itu, dia berharap sikap ingin tahu peng'google' mengenainya akan berterusan kerana dia akan membawakan sesuatu yang baik untuk mereka pada tahun 2017 nanti.


Sumber: MMO - Foto: IG Miss Sabeena



         ________________________





No comments: