23 December 2016

ALAMI KECEDERAAN LUTUT - AWAL ASHAARI TANGGUH PEMBEDAHAN



"Selepas pulang dari bercuti, saya membuat membuat pemeriksaan di dua hospital berbeza di sini. Hasil pemeriksaan terdapat kesan koyak pada bahagian ACL lutut kanan.

"Jadi doktor mencadangkan saya untuk membuat pembedahan," demikian kata Awal Ashaari, 35, yang mengalami kecederaan di bahagian ligamen (ACL) lutut kanannya selepas terjatuh ketika bermain luncur ais di Sapporo, Jepun ketika bercuti bersama keluarganya minggu lalu.





Bagaimanapun, Awal terpaksa menangguhkan pembedahan disebabkan beberapa komitmen kerja yang sudah dipersetujui terlebih dahulu.

"Namun disebabkan saya terikat dengan beberapa komitmen kerja pada awal tahun depan, saya menangguhkan dahulu pembedahan itu. Buat masa sekarang, saya perlu menggunakan tongkat untuk berjalan.

Awal yang juga pengacara Melodi berkata, dia juga boleh sekiranya tidak mahu melakukan pembedahan tetapi kecederaan itu mengambil masa untuk pulih.



"Seboleh-bolehnya saya disarankan untuk melakukan pembedahan juga. Kalau tak nak pun boleh, tapi akan ambil masa untuk pulih sepenuhnya," jelasnya.

Menurut Awal, doktor juga menasihatinya supaya tidak melakukan aktiviti berat atau bersukan seperti berlari dalam jarak jauh.

“Saya hanya boleh melakukan senaman ringan saja. Saya masih boleh bersukan tapi senaman ringan saja. Kalau nak buat pun kena lebih berhati-hati," ujarnya dipetik sebagai berkata.


Sumber: Harian Metro
Foto: Instagram Awal Ashaari



         ________________________





No comments: