14 December 2016

KEMBAR GENAP SETAHUN - ISTERI FAD KONGSI KISAH MENYENTUH HATI



Anak kembar bagi pasangan Fad Bocey dan Syaheera Rahman bernama Favian Adrazin Hayyan (abang) dan Favian Adrazin Zayyan (adik) kini sudah genap setahun usianya pada 11 Disember lalu.

Sempena hari tersebut, isteri Fad menerusi laman Instagramnya telah berkongsi kisah kelahiran anak kembarnya. Perkongsian tersebut telah membuat ramai yang tersentuh bila membacanya.

"Pernah satu masa doktor cakap dengan mommy 'awak tahu tak keadaan anak-anak awak tak okay?'. Dengan pantas mommy jawab tadi suami saya cakap anak-anak saya okay cuma dia tak dapat pegang sambil azankan sebab anak-anak saya dalam incubator.





"Dan kali ni doktor tu tegas lagi cakap 'awak kena tahu anak-anak awak tak okay'. Tapi doktor dia akan okay kan. Saya tak boleh cakap apa-apa sebab sekarang anak-anak awak masih memerlukan alat bantuan pernafasan.

"Apalah dugaan mommy. Luluh lembik macam nak pengsan pun ada. Sudah lah tahan sakit ceaser terpaksa pula tanggung sakitnya hati dengan berita macam itu. Tapi ramai yakinkan mommy untuk kuat sebab anak-anak dapat rasa kalau kita sedih.

"Tibalah hari esok, mommy dah tak tahan. Mommy buang rasa sakit jauh-jauh. Mommy gagah suruh daddy bawa mommy turun nursery. Mommy nak tengok anak-anak mommy. Sampai depan pintu daddy tolak mommy masuk satu bilik. Mommy baca bilik itu tulis NICU. Perasaan dah lain. Tapi sedapkan hati.




--- IKLAN ---




Bila dah jengah bilik itu telinga mommy dihidangkan dengan bunyi mesin yang buat mommy rasa takut sangat nak dekat. Nurse itu cakap mommy tak boleh pegang anak-anak mommy. Tapi kenapa ibu-ibu lain dekat luar itu boleh pegang peluk anak diorang.

"Mommy cuma dapat jengah disebalik balang kaca tu. Mommy bisik dekat Hayyan dengan Zayyan kuat tau. Mommy daddy tunggu nak balik rumah kita sama-sama. Banyak sangat wayar-wayar dekat badan anak-anak mommy. Dengan tiub dalam mulut. Mana dengan cucuk dekat kaki tangan. Ya Allah kenapa anak sekecil korang dah kena lalu semua ni.

"Penderitaan mommy cuma sampai 7 hari dan akhirnya doktor cakap anak-anak awak dah boleh keluar dari incubator. Dan awak dah boleh bawa diorang balik dengan syarat diorang sangat-sangat perlukan perhatian sepenuhnya.



"Dari segi kebersihan, orang-orang yang nak datang melawat dan macam-macamlah. Ini gambar hari terakhir korang dua dalam NICU. Lega bila tengok sebab dah takda wayar-wayar yang banyak dan korang dah boleh bernafas sendiri.

"Kuatnya anak-anak mommy. Hari ni (11 Disember)!!!!!! Genap Hayyan dengan Zayyan satu tahun. Ya Allah kejap ja. Tak percaya anak-anak mommy dah besar dan sihat. Tak sangka anak-anak mommy berjaya survive.

"Anak-anak yang doktor pun tak dapat yakinkan mommy yang korang akan survive tapi sekarang dah setahun, happy birthday sayang-sayang mommy daddy. Semoga jadi anak-anak yang soleh. Mommy daddy love both," kongsi Syeera di IGnya.






Sumber: Syaheera Rahman IG
Foto: Syaheera Rahman IG & Fad Bocey IG



         ________________________





No comments: