14 December 2016

RUNNING MAN: LEPAS GARY - JI HYO & JONG KOOK PULA UCAP BYE-BYE



Peminat Running Man belum reda lagi dengan kesedihan apabila Kang Gary mengambil keputusan menarik diri daripada terlibat dengan program variasi tersebut, terkini Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook pula mengikut jejak.

Nampaknya mereka akan terus kehilangan ahli asal menjelang Januari 2017 apabila SpartAce (Song Ji Hyo & Kim Jong Kook) mengesahkan yang mereka bakal meninggalkan program tersebut.

Pihak agensi Ji Hyo mengatakan keputusan ini sudah lama dibincangkan atas alasan kesibukan jadual pelakon itu.





Tarikh sebenar rakaman terakhir Ji Hyo bersama Running Man masih belum diketahui namun khabarnya Jong Kook akan menjalani penggambaran terakhir bersama program ini pada minggu hadapan.

Ahli asal Running Man yang tinggal kini adalah Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, Haha dan Lee Kwang Soo. Kemungkinan besar pada tahun hadapan, Running Man akan muncul dengan beberapa wajah baru.




--- IKLAN ---




Menurut mereka yang terlibat dalam industri, Running Man khabarnya akan menerima suntikan baru dari segi konsep seawal Januari 2017 dan bakal menampilkan seteru kuat Yoo Jae Suk iaitu Kang Ho Dong sebagai ahli baru.

Nampaknya selepas 6 tahun bersama-sama, ahli kumpulan Running Man kini telah mula membawa haluan masing-masing. Tidak semua benda akan kekal abadi buat selamanya, lebih-lebih lagi program hiburan seperti Running Man.

Pasti ramai yang bersedih dengan berita ini. Namun itulah kehidupan. Good luck and all the best untuk Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook. Terima kasih kerana menghiburkan kami selama ini.




Sumber: Soompi



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...