15 December 2016

KASIHAN... JARI AMYRA ROSLI CEDERA BUAT KERJA RUMAH



Mungkin ada yang tergelak bila membaca berita ini. Heh!

Biasalah... darah tengah manis, pastinya pelbagai ragam berlaku dalam rumah tangga yang baru dibina.

Pelakon Amyra Rosli juga tidak ketinggalan menghadapi kesukaran untuk membahagiakan suaminya pelakon Amar Baharin ketika melakukan kerja-kerja rumah.

Tanpa diduga, jari telunjuk Amyra cedera ketika dia cuba membuka satu bungkusan plastik menggunakan pisau. Akibat kurang pengalaman, pisau itu secara tiba-tiba terkena jari tangan kanannya sehingga berdarah.





"Saya jadi panik kerana lukanya agak besar dan darah tidak berhenti mengalir dan mengambil keputusan membawanya ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

"Doktor mahu menjahit bahagian luka itu kerana ia agak teruk tetapi Amyra menolak kerana berasa takut dan sebagai penyelesaian doktor menggunakan gam khas untuk mencantumkan kembali kesan luka yang terkoyak," ujar Amar dipetik sebagai berkata.




--- IKLAN ---




Meskipun begitu, Amyra tetap bersemangat untuk terus melakukan kerja rumah dan kini dia semakin mahir memasak untuk suaminya.

"Walaupun masih banyak perkara yang saya perlu dipelajari sebagai isteri, namun pengalaman menolong ibu di dapur sebelum ini banyak membantu saya," katanya.


Sumber: Mstar - Foto: Amyra IG




         ________________________





No comments: