15 December 2016

BABY BUMP TERSERLAH - SHARIFAH SAKINAH SAH HAMIL



Akhirnya khabar yang mengatakan Sharifah Sakinah sedang hamil anak sulung yang sebelum ini menjadi tanda tanya sejak kebelakangan ini terjawab apabila aktres tersebut memuatnaik gambar yang menampakkan 'baby bump' beliau ketika meluangkan masa bersama rakan-rakan.

Bagaimanapun, Sakinah tidak berkongsi sebarang butiran lanjut mengenai kehamilannya itu. Peminat yang melihat gambar berkenaan rata-rata merasa teruja dan mengucapkan tahniah buat Sakinah.





Terdahulu, kakaknya Sharifah Shahira memuatnaik status dimana mengenai kehamilan Sakinah. Namun Sakinah mengatakan yang kakaknya itu hanyalah bergurau mengenai adiknya.

Untuk makluman anda, Sakinah pernah mengalami keguguran sekitar bulan April lepas ketika mengerjakan umrah bersama keluarganya.

Alhamdullillah, nampaknya perut Sakinah agak besar juga. Sudah berapa bulan agaknya beliau hamil ya? Apa-apa pun, kami mendoakan segala proses kehamilan dan bersalin nanti berjalan dengan lancar.




--- IKLAN ---







Foto: Sharifah Sakinah IG


         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...