15 December 2016

RUNNING MAN: BUKAN TARIK DIRI - JI HYO & JONG KOOK DITENDANG



Sebelum ini, peminat Running Man dikhabarkan mengenai pemergian Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook dari program variasi tersebut.

Semua mengetahui, alasan Ji Hyo keluar dari Running Man adalah kerana kesibukan jadual pelakon itu, manakala alasan Jong Kook pula tidak diketahui.





Terkini, kami dimaklumkan bahawa sebenarnya SparkAce (Song Ji Hyo & Kim Jong Kook) tidak mengundurkan diri secara rela tetapi mereka ini ditendang dari program tersebut selepas enam tahun bersama.

Agensi Ji Hyo dan Jong Kook memaklumkan bahawa keputusan mengeluarkan mereka telah diambil oleh pihak produser tanpa sebarang perbincangan.

Lebih menyedihkan, Ji Hyo hanya mengetahui tentang berita ini selepas ia menjadi tajuk utama beberapa laman web Kpop.




--- IKLAN ---




Berikut adalah komen dari agensi Ji Hyo dan Jong Kook:

Ji Hyo: We knew 'Running Man' would undergo format changes from SBS, but it's true we found out from news reports which members would not return. We won’t comment on Song Ji Hyo’s feelings on the matter. (Kami tahu yang Running Man akan menukar format dari SBS, tetapi ia adalah benar yang kami mengetahui tentang ahli yang tidak akan kembali menerusi berita. Kami tidak akan komen tentang perasaan Ji Hyo)

Jong Kook: It's true he was told he was leaving with no decision about the matter. It's disappointing. He featured in the show despite his health issues because he cared about it so much.(Ia adalah benar yang Jong Kook diberitahu dikeluarkan dari Running Man tanpa mempunyai sebarang keputusan di dalam hal ini. Ia mengecewakan. Jong Kook tampil di program ini walaupun mempunyai masalah kesihatan kerana dia mengambil berat akan program ini.)



Rata-rata para peminat Running Man melahirkan rasa marah, kecewa dan sedih terhadap pihak produksi Running Man yang membuat keputusan ini. Mereka dilihat tidak menghormati dan menghargai jasa Ji Hyo dan Jong Kook sepanjang 6 tahun di dalam Running Man.

Sementara itu, Kang Ho Dong telah memaklumkan yang dia telah menolak tawaran menjadi ahli Running Man. Sama-sama kita tunggu dan lihat siapakah yang bakal menjadi pengganti Ji Hyo dan Jong Kook.



         ________________________





No comments: