14 February 2017

5 GAMBAR - ANAK SULUNG NORA ARIFFIN SELAMAT BERTUNANG



Pada Sabtu lalu, penyanyi Nora Ariffin telah menyarungkan cincin ke jari bakal menantunya, Eilya Sofea pada majlis pertunangan anak sulungnya dengan komposer Johan Nawawi, Mohd Syakir Iman, 24.

Majlis pertunangan yang diadakan secara sederhana itu berlangsung di kediaman keluarga gadis berkenaan, di Kuala Lumpur.

Klik untuk gambar besar




Berkongsi kegembiraan itu menerusi perkongsian beberapa keping gambar di laman Instagramnya, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin berkata, selain faktor kedua-duanya sudah lama berkenalan, majlis pertunangan itu juga diadakan kerana bakal menantunya akan melanjutkan pelajaran ke luar negara.

"Memandangkan mereka sudah tiga tahun berkawan dan Sofea pula akan melanjutkan pelajaran ke Russia dalam bidang perubatan dalam masa terdekat, kami berasakan lebih elok jika mereka ditunangkan. Cuma, kami tidak menetapkan berapa lama kedua-duanya akan bertunang.

"Sebagai ibu, apa yang terbaik buat anak, saya ikutkan saja. Tidak salah rasanya jika dia berkahwin muda asalkan bijak mengemudi rumah tangga yang bakal dibina.



"Saya dulu pun berkahwin muda dan Alhamdulillah, tahun ini usia perkahwinan kami bakal mencecah angka 25 tahun," kata Nora yang merupakan bekas peserta Gegar Vaganza musim ke-3.

Ditanya mengenai nasihat diberikan kepada anak lelaki dan tunangnya itu, Nora berkata, paling penting mereka perlu bersedia dari segi fizikal serta mental.

"Anak saya baru saja menghabiskan pengajian peringkat diploma dan selepas ini dia kenalah bekerja sebagai persediaan untuk masa depannya. Buat Sofea pula, saya berharap dia dapat menerima anak saya dengan seadanya," ujarnya.

Syakir yang turut dikenali dengan nama Mosyi pernah menghasilkan sebuah lagu berjudul Bulan.






Sumber: Berita Harian
Foto: Berita Harian, Nora Ariffin IG & @johannawawi



         ________________________





No comments: